Di saat kaum Cina sedang sibuk membuat persiapan utk menyambut Tahun Baru Cina...tiba2 tekak saya dan suami terasa nak mkn makanan cina....jadi selepas solat Isya' kami berdua dgn penuh semangat ke Seksyen 9, Bandar Baru Bangi...dah berangan nak mkn dim sum...
Inilah destinasi kami...tp kami sgt kecewa sbb restoran penuh...selain kami berdua..masih ramai org yg menunggu tempat...suami pulak tak berapa rajin nak menunggu....jd kami mengambil keputusan ke restoran lain....mula2 nak ke JM Bariani...kecewa jugak..sbb dah tutup..mungkin dah kehabisan makanan...
Jangan risau sbb di Bandar Baru Bangi ni kita tak akan kehabisan mkanan....kalau sesat pasti tak akan kelaparan...selagi kita ada duit...pilih saja Restoran/gerai2 mkanan yg kita suka...ada mcm2 pilihan makanan...akhirnya kami memilih utk mkn di NU'IN LITTLE PERAK...terasa mcm blk kampung pulak...maklumlah saya dan suami org Perak...
Tak boleh nak ambil gambar ruang kedai sbb pelanggan memang ramai..lgpun pakai kamera telefon bimbit...semua nmpk gelap jer...
Ada mcm2 pilihan menu...antaranya nasi lemak Kota Lama, popia goreng Taiping, mee kari Ipoh, laksa Kuala Kangsar dll...saya memilih utk mencuba pau Tanjung Malim...pau yg comel & sedap...suami pulak memilih nasi putih dengan ayam black pepper...(terlupa nak tgk dr daerah mana)...minuman pulak saya pilih kopi power Ipoh...suami pilih teh o ais limau..
Berselera suami mkn....Alhamdulillah...jadi kepada warga negeri Perak jgn lupa singgah ke Nu'in Little Perak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi...sekurang2nya dpt mengubat rindu pada masakan kampung halaman kita...Insyaallah saya akan ke sini lagi utk mencuba makanan yg lain pulak...(yg pasti hasrat utk mkn di Restoran Mohd. Chan Abdullah saya tunda ke bulan Februari... :-) )
Terima kasih kerana membuat review tentang restoran kami. Kami bercadang untuk menjemput beberapa blogger untuk menjayakan program kami yang akan datang. Boleh kami dapatkan contact no anda? Sila sms/whatsapp nama, alamat blog & email anda ke 019-6994886 :)
ReplyDelete